Pengenalan

SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah  Kebangsaan Yaacob Latif  2  mula beroperasi  pada tarikh   26 September 1993 setelah berpindah dari  bangunan lama yang telah diruntuhkan. Asalnya ia dikenali sebagai Sekolah La Salle dan  ditubuhkan pada  tahun 1954  di bawah pentadbiran pihak  gereja ( mission) dan menumpang di bangunan Sekolah St. John, Kuala Lumpur. Pada 1956 ia berpindah ke Lorong Peel dan diwujudkan Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur pada tahun 1964.
            
               Guru Besar yang pernah bertugas di SRK  La Salle 2 ialah seperti berikut :

1. Brother Mathew Liew               1964 hingga 1966
2. Brother Patrick Chan               1967 hingga 1977
3. En. Yap Mook Kheam             1978 hingga 1987
4. En. Khalid b. Ngah Lebar        1987 hingga 1993


Manakala Guru Besar yang bertugas di SK Yaacob Latif 2 pula ialah :


1. Pn. Ooi Hock Aun                   1993 hingga 1996
2. En.Yeoh Keat Cheng              1997 hingga 1999
3. Pn.Hasnah bt Abas                 2000 hingga 2001
4. En.Ahmad Fuad b. Ahmad      2001 hingga 2004
5. Pn.Wan Patanah bt. Wan Ali   2004 hingga 2010
6. Pn Norhayati Bt Husen            2010 hingga 2013
7.  Pn. Siti Zaini bt Idris                      2013 hingga kini
Setelah Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pengurusan sekolah, bangunan lama yang sangat usang telah digantikan dengan bangunan baru . Namanya juga telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif 2 bersempena nama bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur secara rasminya pada 14 April 1993.

Mulai sesi persekolahan 1994 ,sekolah  ini  mula menerima pelajar perempuan menjadi penuntutnya. SRK La Salle terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja sebelum ini.Sekolah masih berkongsi bangunan dengan SK Yaacob Latif 1 hingga sekarang. Pelbagai kemudahan sekolah ini digunakan bersama kecuali pejabat pentadbiran dan Bilik Guru.


      Guru Besar terakhir di Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle 2 ialah  En Khalid b. Ngah Lebar. Beliau telah bersara dan digantikan oleh Puan Ooi Hock Aun yang merupakan penolong kanan Hal Ehwal Murid SRK La Salle 2 sebagai Guru Besar yang baru.


     Sebelum bersara  En. Khalid b. Ngah Lebar bersama -sama Guru Besar SRK La Salle 1 En Aris  dan Pengetua SM La Salle Major Raymond telah bersama –sama mencipta motto bagi ketiga-tiga sekolah. Motto itu yang diguna pakai pada lambang sekolah berasal dari pangkal nama ketiga-tiga Guru Besar.

K -  Khidmat,              R- Rajin,                  A – Amanah

Di awal penubuhan SK Yaacob Latif 2 sekolah ini mempunyai jumlah murid yang agak ramai mencecah 800 orang murid dan lebih 40 orang guru daripada pelbagai kaum. Setiap darjah mempunyai 4 buah kelas. Ketika itu sekolah telah dinaik taraf ke sekolah Gred A. Kini jumlah murid sangat berkurangan memandangkan beberapa buah sekolah baru telah dibina . Tambahan pula kawasan kediaman berdekatan sekolah telah dirobohkan untuk dibuat pembangunan baru .


        Puan Wan Patanah telah bersara wajib pada bulan Ogos 2010. Beliau telah digantikan oleh Puan Norhayati bt. Husen sehingga Januari 2013. Guru Besar kini Puan Siti Zaini bt Idris telah mula berkhidmat di SK Yaacob Latif 2 sebagai Guru Besar baru mulai Januari 2013 sehingga kini.


    Sekolah pernah mempunyai majalah terbitannya sendiri diberi nama Karisma yang diterbitkan setahun sekali. Memandangkan murid yang berkurangan penerbitan majalah terpaksa dihentikan kerana kos yang tinggi untuk mencetak bagi kuantiti yang sedikit. Tahun 2000 merupakan tahun terakhir majalah Karisma diterbitkan.



 5.0 SENARAI NAMA GURU BESAR

SENARAI NAMA GURU BESAR SK YAACOB LATIF  2

Bil
Nama
Tahun Perkhidmatan
1
En. A.J.A Petras
1954-1963

2
Bro, Matthew Liew
1964-1966

3
Bro, Patrick Chan
1967-1977

4
En. Yap Mook Kheam
1978-1987

5
Tn. Hj. Khalid b Ngah Lebar
1987-1993

6
Pn. Ooi Hock Aun
1993-1996

7
En. Yeoh Keat Cheng
1997-1999

8
Pn. Hasnah bt Abas
2000-2001

9
Tn. Hj. Ahmad Fuad
2002-2003

10

Pn. Hjh. Wan Patanah bt Wan Ali
2004 – 2010
11
Pn. Norhayati bt Husen
Ogos 2010 -2013







0 comments:

Post a Comment

terima kasih..