Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif 2 mula beroperasi pada tarikh 26 September 1993 setelah berpindah dari bangunan lama yang telah diruntuhkan. Asalnya ia dikenali sebagai Sekolah La Salle dan ditubuhkan pada tahun 1954 di bawah pentadbiran pihak gereja ( mission) dan menumpang di bangunan Sekolah St. John, Kuala Lumpur. Pada 1956 ia berpindah ke Lorong Peel dan diwujudkan Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur pada tahun 1964.
Guru Besar yang pernah bertugas di SRK La Salle 2 ialah seperti berikut :
1. Brother Mathew Liew 1964 hingga 1966
2. Brother Patrick Chan 1967 hingga 1977
3. En. Yap Mook Kheam 1978 hingga 1987
4. En. Khalid b. Ngah Lebar 1987 hingga 1993
Manakala Guru Besar yang bertugas di SK Yaacob Latif 2 pula ialah :
1. Pn. Ooi Hock Aun 1993 hingga 1996
2. En.Yeoh Keat Cheng 1997 hingga 1999
3. Pn.Hasnah bt Abas 2000 hingga 2001
4. En.Ahmad Fuad b. Ahmad 2001 hingga 2004
5. Pn.Wan Patanah bt. Wan Ali 2004 hingga 2010
6. Pn Norhayati Bt Husen 2010 hingga 2013
7. Pn. Siti Zaini bt Idris 2013 hingga kini
Setelah Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pengurusan sekolah, bangunan lama yang sangat usang telah digantikan dengan bangunan baru . Namanya juga telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif 2 bersempena nama bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur secara rasminya pada 14 April 1993.
Mulai sesi persekolahan 1994 ,sekolah ini mula menerima pelajar perempuan menjadi penuntutnya. SRK La Salle terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja sebelum ini.Sekolah masih berkongsi bangunan dengan SK Yaacob Latif 1 hingga sekarang. Pelbagai kemudahan sekolah ini digunakan bersama kecuali pejabat pentadbiran dan Bilik Guru.
Guru Besar terakhir di Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle 2 ialah En Khalid b. Ngah Lebar. Beliau telah bersara dan digantikan oleh Puan Ooi Hock Aun yang merupakan penolong kanan Hal Ehwal Murid SRK La Salle 2 sebagai Guru Besar yang baru.
Sebelum bersara En. Khalid b. Ngah Lebar bersama -sama Guru Besar SRK La Salle 1 En Aris dan Pengetua SM La Salle Major Raymond telah bersama –sama mencipta motto bagi ketiga-tiga sekolah. Motto itu yang diguna pakai pada lambang sekolah berasal dari pangkal nama ketiga-tiga Guru Besar.
K - Khidmat, R- Rajin, A – Amanah
Di awal penubuhan SK Yaacob Latif 2 sekolah ini mempunyai jumlah murid yang agak ramai mencecah 800 orang murid dan lebih 40 orang guru daripada pelbagai kaum. Setiap darjah mempunyai 4 buah kelas. Ketika itu sekolah telah dinaik taraf ke sekolah Gred A. Kini jumlah murid sangat berkurangan memandangkan beberapa buah sekolah baru telah dibina . Tambahan pula kawasan kediaman berdekatan sekolah telah dirobohkan untuk dibuat pembangunan baru .
Puan Wan Patanah telah bersara wajib pada bulan Ogos 2010. Beliau telah digantikan oleh Puan Norhayati bt. Husen sehingga Januari 2013. Guru Besar kini Puan Siti Zaini bt Idris telah mula berkhidmat di SK Yaacob Latif 2 sebagai Guru Besar baru mulai Januari 2013 sehingga kini.
Sekolah pernah mempunyai majalah terbitannya sendiri diberi nama Karisma yang diterbitkan setahun sekali. Memandangkan murid yang berkurangan penerbitan majalah terpaksa dihentikan kerana kos yang tinggi untuk mencetak bagi kuantiti yang sedikit. Tahun 2000 merupakan tahun terakhir majalah Karisma diterbitkan.
5.0 SENARAI NAMA GURU BESAR
SENARAI NAMA GURU BESAR SK YAACOB LATIF 2
Bil
|
Nama
|
Tahun Perkhidmatan
|
1
|
En. A.J.A Petras
|
1954-1963
|
2
|
Bro, Matthew Liew
|
1964-1966
|
3
|
Bro, Patrick Chan
|
1967-1977
|
4
|
En. Yap Mook Kheam
|
1978-1987
|
5
|
Tn. Hj. Khalid b Ngah Lebar
|
1987-1993
|
6
|
Pn. Ooi Hock Aun
|
1993-1996
|
7
|
En. Yeoh Keat Cheng
|
1997-1999
|
8
|
Pn. Hasnah bt Abas
|
2000-2001
|
9
|
Tn. Hj. Ahmad Fuad
|
2002-2003
|
10
|
Pn. Hjh. Wan Patanah bt Wan Ali
|
2004 – 2010
|
11
|
Pn. Norhayati bt Husen
|
Ogos 2010 -2013
|
one > xkan semua yg tinggal sejarah aq nak letak..waaaa.. hehe
ReplyDeleteapa salahnya....kuikuikui
ReplyDeletetanpa sej sapa la kite... ;p
ReplyDeletesaya nak tanya : senarai guru2 di sekolah nie xde ke??
ReplyDeletesebab saya mencari bekas cikgu saya..
saya cuma ingat nama dia Mr.Johnny..
kalau ada apa2 info pasal bekas guru tolong email at saya..
aienSuju13_2pm@yahoo.com
saya masa tu dalam darjah 2. tahun 1998-2000..
mencari kawan lama 1990-1993
ReplyDeleteSalam dan tahniah
ReplyDeleteSaya beka pelajar La Salle Jalan Peel ingin mencari kawan lama sewaktu disekolah,
ReplyDeleteTahun 1984-1989 SK La Salle 2
Tahun 1990-1992 SM La Salle
Boleh berhubung melalui email saya: nizam.mab@gmail.com
Ya..81-89
DeleteBatch98.. guru besar yeoh keat cheng..
ReplyDeleteMencari kawan Lama Lee see keen.yong kah kin.yap chin how.ong chin how.siew chin wei
ReplyDelete