Friday, September 23, 2011

MINGGU SAINS 2011

(a) Pada 13 - 17 Jun 2011 (Isnin - Jumaat) telah diadakan Minggu Sains. Tema kali ini ialah SCIENCE IS VITAL. Sepanjang minggu ini pelbagai aktiviti telah diadakan. 

MAJLIS PERASMIAN 

 (b) Majlis Perasmian Minggu Sains. Majlis ini dirasmikan oleh GPK 1 SK Yaacob Latif 2, Pn Rahaini Bt Abd Rahim.

TAHAP 2 : Air Rocket

 (c) 
 (d)
 (e)

Gambar-gambar (c), (d) and (e) adalah gambar murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang sedang menjalankan aktiviti Air Rocket. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. Mereka perlu menyediakan belon yang boleh meluncur laju dan jauh. 

TAHAP 1 & 2 : KUIZ TERBUKA

 (f) Bahan ini digunakan dalam Kuiz Terbuka. Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 perlu meneka apakah haiwan yang berada di dalam telur tersebut. Tujuannya untuk meningkatkan daya imaginasi dan menguji pengetahuan mereka.

TAHUN 6: MODEL HIDUPAN HAIWAN

 (g)
 (h)
 (i)
 (j)
 (k)
 (l)
 (m)

Gambar-gambar (g), (h), (i), (j), (k), (l) dan (m) adalah gambar aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid Tahun 6 iaitu menghasilkan model habitat haiwan di darat dan di laut. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Model yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. 

TAHAP 1 : MODEL HAIWAN

 (n)
 (o)

Gambar-gambar (n) dan (o) adalah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid Tahun 1, 2 dan 3
iaitu menghasilkan model haiwan daripada plastisin.

TAHAP 1 : MEWARNA LUKISAN 

 (p)
 (q)

Gambar (p) dan (q) adalah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid Tahap 1 iaitu mewarna lukisan. Aktiviti ini dijalankan di Dewan SK Yaacob Latif.  Murid-murid Tahap 1 sedang tekun melakukan aktiviti mewarna lukisan. 

TAHUN 5 : MELUKIS POSTER

(r) Ini adalah contoh poster yang telah dihasilkan oleh murid-murid Tahun 4 dan 5. Poster yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan flora dan fauna.

MAJLIS PENUTUP

 (s)
 (t)

Gambar-gambar (s) dan (t) ialah Majlis Penutup Minggu Sains. Pengerusi Majlis sedang memberi ucapan aluan dan rumusan berkenaan Minggu Sains. Guru Besar, Pn Norhayati Bt Husen memberikan ucapan sempena Majlis Penutup Minggu Sains.

 (u) Persembahan nyanyian lagu ‘Hijau’ yang di sampaikan oleh murid-murid Tahun 4 dan 6 semasa Majlis Penutup Minggu Sains.

(v) Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Sains. Semua hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn Norhayati Bt Husen ketika Majlis Penutup Minggu Sains.

0 comments:

Post a Comment

terima kasih..