Thursday, September 22, 2011

PERTANDINGAN EKSPERIMEN SAINS PERINGKAT ZON PUDU



Program Pertandingan Eksperimen Sains Peringkat Zon Pudu 2011 telah diadakan pada 21 Jun 2011 iaitu pada hari Selasa. Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan SK Seri Bintang Selatan dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang.Pertandingan ini adalah pertama kali diadakan. Oleh itu, semua sekolah di sekitar Zon Pudu telah diwajibkan untuk menyertai pertandingan ini. Setiap sekolah telah diberikan tajuk masing-masing berdasarkan Sukatan Matapelajaran Sains Sekolah Rendah.


  

Tajuk yang diberi kepada SK Yaacob Latif 2 ialah Buruj (Constellation). Manakala guru pembimbing ialah Cik Norazlin Bt Abd Rashid. Para peserta adalah murid Tahun 6 iaitu Amenuddin B Mohd Nizam, Safiratul Farhana Bt Ahdyan, Nor Aishah Bt Saari dan Nur Arifah Bt Rosli.  




Dalam pertandingan ini, SK Yaacob Latif 2 telah mendapat keputusan yang memberangsangkan. Pihak sekolah telah berjaya mendapat tempat ke-5. Hadiah yang diperoleh ialah sijil dan cenderahati. Keputusan ini amat membanggakan dan diharap dapat memberikan suntikan semangat kepada sekolah untuk meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.



Diharap pihak sekolah akan terus mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan seperti ini pada masa akan datang bagi membantu para peserta membuka minda mereka terhadap matapelajaran Sains disamping menarik minat mereka kepada matapelajaran ini. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu peserta-peserta meningkatkan dan memantapkan prestasi mereka dalam matapelajaran Sains. 

0 comments:

Post a Comment

terima kasih..