Thursday, September 22, 2011

MINGGU PSS BERSAMA PANITIA SAINS

       Minggu Pusat Sumber Sekolah SK Yaacob Latif telah diadakan pada 25 - 29 Julai 2011. Semasa program diadakan, Panitia Sains telah bekerjasama dalam menjayakan program ini. Panitia Sains telah menjalankan aktiviti pada 27 Julai 2011. Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan.

A. TAHAP 1: MEWARNA


 
(a)

(b)
(c)
(d)


Gambar (a), (b), (c), (d) adalah gambar-gambar murid Tahun 1, 2 dan 3 sedang mewarna lukisan. Aktiviti dijalankan di dewan sekolah.



B. TAHAP 2: Wackey Egg  


(a) Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 berkumpul di tapak perhimpunan dan duduk secara berpasangan


(b) Pengagihan telur kepada murid-murid sebelum aktiviti dijalankan.
(c) Pengagihan selotip kepada murid-murid sebelum aktiviti dijalankan.
(d) Para peserta perlu membungkus telur dengan straw supaya telur mengalami tekanan yang rendah semasa diuji.

 (e)
 (f)
(g)
 (h)
 (i)
(j)

Gambar-gambar (e), (f), (g), (h), (i) dan (j) adalah gambar di mana murid-murid bersama pasangan masing-masing sedang bertungkus lumus menggunakan kreativiti masing-masing untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan. 

(k) Antara kumpulan yang telah gagal di peringkat permulaan.


(l) Murid-murid sedang bersedia untuk menguji kekebalan telur masing-masing. Telur masing-masing akan dilepaskan bermula dari paras lutut. Telur yang tidak pecah akan dilepaskan pada paras yang lebih tinggi.


Sepanjang aktiviti-aktiviti ini dijalankan, didapati semua murid gembira disamping dapat belajar dan memperoleh pengalaman yang baru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga berjalan dengan lancar. Diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. 


0 comments:

Post a Comment

terima kasih..