Pengenalan program, perkhemahan gerakerja kokurikulum merupakan gabungan aktiviti kokurikulum iaitu beruniform, permainan dan kelab/prsatuan. Perkhemahan ini adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik para peserta percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan satu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersenol.
Melalui program ini juga para peserta diberi peluang untuk menonjol kemampuan diri masing-masing sekaligus dapat mengeratkan silaratulrahim dan semangat kerjasama serta penerapan disiplin diri secara tidak langsung dihati mereka.
Penyertaan seramai 40 orang murid tahap 2 dan semua guru terlibat dalam program 3 hari ini. Sebahagian sepanjang program berlangsung ;
Ketibaan peserta kem
Sesi perkenalan dan pengagihan kumpulan
Sebahagian daripada aktiviti kumpulan
Penyampaian saguhati kepada penceramah
Perasmian pembukaan program oleh Guru Besar
Sesi bergambar peserta kem bersama tenaga pengajar yg terlibat
dan banyak lagi program yang dijalankan sepanjang 3 hari.
Program berakhir pada 28 April 2013, peserta bertolak balik dari lokasi tepat pada 12 tengahari. Dengan berakhirnya program ini, diharapkan segala pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelolakan program seumpama ini dengan lebih baik lagi.
0 comments:
Post a Comment
terima kasih..