Kem yang dijalankan ini adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial serta diharapkan dapat membentuk jati diri yang baik pada diri peserta.
Kem ini juga dapat mendidik para peserta percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Melalui kem ini juga para peserta diberi peluang utuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing sekaligus dapat mengeratkan silaratulrahim dan semangat kerjasama serta penerapan disiplin diri secara tidak langsung dihati mereka.
Sebahagian daripada program.
Dengan adanya kem seumpama ini, diharapkan dapat melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat waja. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Dengan berakhirnya kem ini juga, diharapkan segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rjukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelolakan program seumpama ini dengan lebh baik lagi di masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment
terima kasih..